Posts

Image
  PENDAHULUAN   Dunia hari ini telah berkembang pesat dengan seribu satu kemodenan dan kecanggihan sehinggakan hampir segala kehendak dan keinginan manusia di dunia ini dapat dipenuhi. Sebagaimana yang telah dimaklumi setiap sesuatu itu pasti mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat, kelebihan dan kekurangan serta hitam dan putihnya. Kita dapat melihat terutamanya dunia perubatan telah mencapai kepada satu tahap yang tidak terjangkau oleh akal manusia pada kira-kira 50 tahun dahulu. Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia.         Kemajuan dan pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada perundangan Islam. Para ulama’ harus melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan d...