PENDAHULUAN
Dunia hari ini telah berkembang pesat dengan seribu satu kemodenan dan kecanggihan sehinggakan hampir segala kehendak dan keinginan manusia di dunia ini dapat dipenuhi. Sebagaimana yang telah dimaklumi setiap sesuatu itu pasti mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat, kelebihan dan kekurangan serta hitam dan putihnya. Kita dapat melihat terutamanya dunia perubatan telah mencapai kepada satu tahap yang tidak terjangkau oleh akal manusia pada kira-kira 50 tahun dahulu. Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia.
ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
1. Menghasilkan penemuan sains, teknologi, dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia
- Pembedahan Kosmetik Untuk Merawat Kecacatan Anggota Badan
- Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan , hipospadi (alat kelamin melengkung), hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit)
- Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang.
- Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk.
- Pembedahan Kranofasial dan pembedahan maksilofasial bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka ( patah tulang muka akibat kecelakaan ) daripada yang normal.
- Pembedahan mikro seperti traumatik, amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah.
- Pembedahan Kosmetik Untuk Menambah Kecantikan Dan Mengekalkan Keremajaan Fizikal
- Facelift - prosedur untuk menegangkan kulit untuk menghilangkan kerutan pada wajah.
- Rhinoplasty - operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu untuk memperbaiki penampilan.
- Eyelid Surgery- prosedur untuk mengangkat lemak serta menegangkan kulit dan otot di sekitar mata.
- Cheek Implant - operasi untuk menambah tulang pipi dengan memasukkan silikon di rongga mulut untuk menghilangkan pipi tembam dengan menyedut lemak dan menegangkan ototnya.
- Liposuction - menghilangkan lemak tubuh badan dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan menggunakan vakum.
- Breast Augmentation - operasi untuk merubah ukuran payudara dengan menggunakan silikon.
- Lip Augmentation - operasi untuk mengubah bentuk bibir mengikut keinginan individu.
- Pembedahan Kosmetik Untuk Mengubahsuai Jantina Atau Anggota Badan Yang Dirasakan Tidak Sesuai Dengan Jiwa (Kemahuan)
2. Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat
1) Merawat keaiban Sebab:
a- Kecederaan Penyakit Kecacatan kongenital (sejak lahir). Bertujuan untuk memperbaiki cacat sejak lahir (al-'uyub al-khalqiyyah) seperti bibir sumbing, jari jemari bercantum dan sebagainya.
b- Atau cacat yang datang kemudian (al-'uyub al-thari`ah). Iaitu akibat kemalangan, kebakaran atau seumpamanya, seperti wajah yang rosak akibat kebakaran/kemalangan.
2) Membaik pulih kecacatan yang mendatang (yang diperolehi) akibat daripada kebakaran, kemalangan, penyakit dan sebagainya :
Contoh: pemindahan kulit (skin transplant) dan penempelannya, penanaman rambut (hair transplant) khusus bagi wanita kerana masalah rambut gugur. Menghilangkan kehodohan yang mengakibatkan jiwa dan jasmani seseorang itu menderita.
3) Untuk merawat pemandangan luaran manusia yang disebabkan keaiban atau kecacatan semulajadi yang berlaku atau disebabkan oleh faktor luaran seperti kemalangan dan kebakaran.
4) Merawat keaiban atau kecacatan semulajadi yang menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tubuh badan pesakit atau jiwanya. Tujuan: Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh manusia yang menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan dalam masyarakat.
5) Pembedahan membentuk semula yang dilakukan ke atas bahagian tubuh yang tidak normal, untuk mendapatkan bentuk yang normal dan membetulkan fungsinya. Iaitu harus sekiranya untuk mengembalikan bentuk anggota tubuh badan kepada keadaan sebagaimana manusia dijadikan. (Mengembalikan fungsi asal anggota tubuh badan).
Firman Allah SWT, yang bermaksud: {Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).} [At-Tin: 4]
Selain itu, antara perkara lain lagi yang berlaku ialah mengimplan (menanam) benda lain sebagai ganti kepada anggota asal sepertimana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW:
Daripada Abd Rahman bin Tarafah, maksudnya: “Sesungguhnya kulit hidung Arfajah bin As'ad telah terpotong pada hari peperangan Kulab pada zaman Jahiliyyah, maka dia menggantikan hidungnya yang rompong itu dengan perak lalu berbau busuk, lalu Nabi Rasullullah SAW memerintahkan agar digantikannya dengan emas.” [HR Abu Daud dan atTirmizi].
HUKUM:
Secara dasarnya, kebanyakan daripada para penyelidik dan ahli-ahli Fiqh kontemporari tidak melihat pembedahan plastik ini sebagai suatu yang dilarang sekiranya bertujuan untuk merawat keaiban atau kecacatan yang dialami oleh para pesakit. Keaiban dan kecacatan ini boleh membawa kepada gangguan mental pesakit tersebut sekiranya tidak dijalankan pembedahan plastik ini. Secara logiknya, gangguan mental ini lebih teruk jika dibandingkan dengan kesakitan pada anggota badan.
Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik yang bermaksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda:
“Wahai hamba-hamba Allah sekalian, berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya ubat kecuali penyakit tua.” [HR Imam Ahmad].
Namun, sebahagian kecil daripada ahli-ahli Fiqh berpendapat haram dilakukan pembedahan plastik ini kerana ianya menolak ketentuan dan takdir Allah dan pembedahan plastik ini juga mengubah ciptaan Allah SWT dan perkara ini merupakan amalan syaitan sepertimana potongan ayat Al-Quran yang bermaksud:
{...Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.} [Surah An-Nisa’: 1
Sebuah lagi Hadis: Maksudnya: Daripada Asma' sesungguhnya seorang perempuan datang kepada Nabi lalu berkata: Aku ada seorang anak perempuan yang baru melangsungkan perkahwinan, dia telah jatuh sakit lalu rambutnya telah gugur. Adakah boleh bagiku untuk menyambungkan rambutnya itu dengan benda lain (dengan diberi cemara dan sebagainya)? Lalu Nabi SAW 8 berkata: “Allah SWT melaknat orang yang menyambung rambut dan orang-orang yang meminta untuk menyambung rambut.” [HR Bukhari dan Muslim].
Pembedahan yang haram adalah sebagaimana yang berikut:
Pembedahan kosmetik yang dilakukan dengan tujuan untuk menambahkan kecantikan atau mengubah kulit wajah supaya kelihatan lebih muda seperti menegangkan kulit wajah yang sudah berkedut, memancungkan hidung yang kemek dan sebagainya.
Ianya dilakukan untuk menambahkan kecantikan luaran manusia berdasarkan kehendak nafsu semata-mata seperti membesarkan atau mengecilkan buah dada, menegangkan kulit dan sebagainya. Ia hanya untuk memenuhi keinginan hawa nafsu, memenuhi kepuasan seks, ingin lelihatan lebih muda dan cantik, serta ingin menarik perhatian orang lain. Mencantikkan pemandangan lahir atau luaran (phenomenia) untuk menjadi lebih menarik melalui pembedahan kosmetik (Cosmetic Surgery).
HUKUM:
Hukum bagi pembedahan seperti ini adalah haram dan berdosa besar kerana ia telah ditegaskan oleh Nabi S.A.W secara jelas di dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud:
Maksudnya: “Allah SWT melaknat orang-orang yang membuat tatu dan yang meminta untuk dibuat tatu, dan orang-orang yang menipiskan bulu kening dan orang-orang yang meminta untuk dinipiskan bulu kening, dan orang-orang yang merenggangkan gigi untuk tujuan kecantikan yang mana perkara ini mengubah ciptaan Allah.” [HR: Al-Bukhari]
Termasuk di bawah pengertian pembedahan ini ialah antaranya:
1-Pembedahan hidung yang bertujuan untuk memancungkan atau menghaluskannya.
2-Menghaluskan dagu jika dagunya agak lebar.
3-Membesarkan buah dada atau sebaliknya.
4-Menghilangkan kedut perut dengan menyahkan lemak-lemak di sekeliling.
5-Menghilangkan kedut muka.
6-Membuang lemak-lemak di punggung.
7-Menghilangkan kulit yang kecut di lengan.
8-Menipiskan bulu kening dan seumpamanya
3 KAEDAH FIQH
1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat ( Al-Umur Bi Maqasadiha )
Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan untuk ibadat. Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat dan sebahagian yang lain untuk tujuan tertentu.
Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Sayyidina Umar al-Khattab yang bermaksud :
إﻧﻣﺎ اَﻟﻌﻣﺎل ﺑﺎﻟﻧﯾﺎت وإﻧﻣﺎ ﻟﻛل اﻣرئ ﻣﺎ ﻧوى
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan"
Terdapat beberapa kaedah asas yang terkandung dalam penulisan fuqaha Islam mengenai penetapan kaedah fiqah dalam suatu hukum yang timbul. Setiap kaedah mempunyai maksud dan kegunaan yang tersendiri serta dijadikan sebagai sumber rujukan oleh para fuqaha, pengkaji dan ilmuan Islam. Salah satu kaedah asa tersebut ialah seperti setiap sesuatu perkara itu bergantung kepada tujuan atau niat. Kaedah ‘segala perkara bergantung kepada tujuannya’ bersumberkan kepada banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Salah satunya ialah hadis Nabi SAW :
Maksudnya ;‘Segala amalan berdasarkan kepada niat dan setiap orang memperoleh apa yang diniatkannya.’
Hadis Sahih Bukhari & Sahih Muslim
Hadis ini membawa pengertian yang sangat besar dalam syariat Islam. Imam Bukhari berkata ‘‘tidak terdapat dalam khabar-khabar (hadis) Nabi SAW satu hadis yang lebih mencakupi, lebih mencukupi dan lebih banyak faedah daripada hadis ini’’. Ramai imam salaf menjulang kedudukan hadis ini dan membuat rumusan bahawa ia adalah satu pertiga daripada ilmu. Antara yang mengatakan demikian ialah Syafie, Ahmad, Ibn Mahdi, Ibn Al-Madini, Abu Daud dan Al-Daraqutni. Ketinggian taraf hadis ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan kaedah ‘segala perkara bergantung kepada tujuannya’. Ia juga mencakupi banyak bab dan fasal dalam ilmu feqah.
Maksud umum kaedah ini adalah ;
Segala perkara yang lahir daripada seorang mukallaf sama ada dalam bentuk perbuatan atau percakapan, maka hukum-hakam nya ditentukan berdasarkan maksud dan tujuan dia melakukan dan menuturkannya. Oleh itu, niat dan maksud seseorang itu adalah penting dalam menentukan suatu hukum.
Daripada kaedah ini, kita dapat bezakan antara perbuatan yang dilakukan dengan niat dan perbuatan yang berlaku secara tidak sengaja ataupun tanpa niat.
Dalam masa yang sama, kita dapat lihat bahawa hukumnya pun berbeza. Sebagai contoh, dua orang individu yang dinamakan sebagai A dan B telah melakukan pembedahan kosmetik. Individu A telah melakukan pembedahan kosmetik dengan sengaja untuk mencantikkan diri mengikut kesesuaian , manakala individu B melakukan pembedahan kosmetik untuk merawat kecacatan anggota badan . Dalam perundangan Islam, hukuman terhadap kedua-duanya individu A dan B adalah berbeza kerana A telah membuat pembedahan kosmetik dengan sengaja manakala individu B membuat pembedahan kosmetik untuk merawat kecacatan anggota badan.
2. Kesusahan membawa kemudahan ( Al-Mashaqqah Tajlibu at-Taisir )
Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
"Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”
Terdapat banyak jenis kecacatan anggota badan yang semulajadi dari lahir akibat sebab-sebab tertentu. Salah satu kecacatan anggota badan yang semulajadi adalah orang kurang upaya fizikal dan pelabagai tidak dapat solat. Antara kemudahan yang kita dapat untuk meneruskan solat adalah mempratikkan solat ketika sakit. Pada asalnya, hukum orang-orang yang sakit wajib solat berdiri, jika tidak mampu boleh solat secara duduk, jika tidak mampu bolehlah solat secara tidur berbaring, jika tidak mampu bolehlah solat secara terlentang, dan membuat pergerakan isyarat kepala untuk rukuk dan sujud, jika tidak mampu, bolehlah solat menggunakan isyarat kelopak mata. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah solat dengan ingatan dalam hati. Oleh itu, jelaslah bahawa selagi akal masih ada, maka kewajipan solat tidak tergugur daripadanya. Hukum ini disandarkan kepada beberapa hadis.
Antaranya ialah H.R Muslim yang diriwayatkan oleh bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu suruhan, maka hendaklah kamu lakukannya setakat yang kamu mampu”. (H.R. Muslim).
Seterusnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
َوﻻَ َﺗ َذ ُروا ﻓُ ُر َﺟﺎ ٍت ﻟِﻠ ﱠﺷ ْﯾ َطﺎ ِن َو َﻣ ْن َو َﺻلَ َﺻ ًّﻔﺎ َو َﺻ َﻠ ُﮫ ﱠﷲُ َو َﻣ ْن َﻗ َط َﻊ َﺻ ًّﻔﺎ َﻗ َط َﻌ ُﮫ ﱠﷲ
Maksudnya:‘’Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya.’’
(Riwayat Abu Daud, no.666)
Keharusan melakukan solat dengan cara bukan kebiasaan juga boleh dikiaskan dalam situasi lain. Contohnya seperti kebenaran menggunakan kerusi dalam solat bagi mereka yang tidak boleh sujud kerana sakit dan jga keperluan mendukung anak kecil ketika solat.
Perkara-perkara yang dimakruhkan dalam solat tidak menjadi makruh apabila terdapatkeperluan untuk melakukannya.
3. Kemudaratan hendaklah dihapuskan ( Ad-Darar Yuzal )
Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama,nyawa,maruah, keturunan, akal dan harta. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan sama ada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang membalas kepada suatu tindakan daripada pihak lain yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Kaedah ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAWyang dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :
ل ﺿﺮر َول ﺿﺮا َر
"Tidak dibenarkan melakukan kemudharatan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan”
3 Aplikasi Kemudaratan Hendaklah Dihapuskan dalam bidang perubatan.
1. Dalam bidang perubatan, antara tujuan utamanya adalah untuk menghilangkan kemudharatan kepada diri sendiri dan dalam masa yang sama tidak memudaratkan orang lain. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur:َﻻ َﺿ َر َر َو َﻻ ِﺿ َرار
Maksudnya:“Janganlah memudaratkan diri sendiri dan memberi kemudaratan kepada orang lain”Rujuk al-Asybah wa al-Nazha’ir oleh al-Suyuti (hlm.173-181)
Contoh kepada kaedah ini: Pembedahan kosmetik perlu diambil oleh seseorang bagi mengelakkan mudarat ke atas orang tersebut dan mudarat yang mungkin menimpa orang lain, kesan daripada seseorang tersebut yang tidak membuat pembedahan kosmetik.
2. Keadaan darurat menyebabkan diharuskan untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang. Ini berdasarkan satu kaedah fiqh yang masyhur:
Maksudnya:
اﻟ ﱠﺿ ُرو َرات ُﺗ ِﺑﯾ ُﺢ اﻟﻣ ْﺣ ُظو َرات
“Keadaan-keadaan darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang terlarang”.Rujuk al-Asybah wan Nazhoir, Ibn Nujaym (Hlm. 85)
Contoh bagi kaedah ini: Ubat yang berasal daripada bahan-bahan yang haram dibenarkan dalam perubatan jika disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
3. Keadaan darurat itu ditentukan mengikut kadarnya sahaja. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang masyhur:
اﻟ ﱠﺿ ُرو َرةُ ُﺗ َﻘ ﱠدر ِﺑ َﻘ َد ِر َھﺎ
Maksudnya:
“Darurat itu ditentukan mengikut kadarnya sahaja”.Rujuk al-Asybah wan Nazhoir, al-Suyuti (hlm. 184-186)
Contoh bagi kaedah di atas: Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mendedahkan auratnya kepada orang lain, namun ketika menerima rawatan, seseorang itu dibenarkan untuk mendedahkan auratnya mengikut kadar keperluan untuk merawat sakitnya sahaja.
PENUTUP
Hasil perbincangan para ulama’ dalam masalah ini dapatlah disimpulakan bahawa; Pembedahan plastik yang bertujuan bagi pembentukan semula adalah di haruskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa.
Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudharatan.
Sesungguhnya hukum Syara’ itu mendatangkan kesenangan bagi umat manusia dalam meniti perjalanan hidup seharian sepertimana Firman Allah SWT: ِ
يهد هير هكهم َّللاه ب هي ْسَر ِ َو يهد َّل الْ ِ هكهم هير ب هع ْسَر ِ ال ْ
Maksudnya: {Sesungguhnya Allah mendatangkan kesenangan kepada umat manusia dan bukan mendatangkan kesusahan kepada mereka.} [ Surah Al-Baqarah: 185]. WALLAHU A’LAM.
RUJUKAN
- https://www.slideshare.net/syeimy/pembedahan-plastik-menurut-islam
- http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/pembedahan-plastik-dalam-persepsi-islam.html
- http://gosipdeee.blogspot.com/2018/03/tajukpembedahan-kosmetik-menurut-islam.html
- https://www.academia.edu/27608331/PEMBEDAHAN_KOSMETIK
- https://www.slideshare.net/diyana_85/plastic-surgery-dlm-islam?next_slideshow=7752713
- https://www.researchgate.net/publication/308964204_Pembedahan_Plastik_Dan_Rekonstruksi_Yang_Melibatkan_Pengubahan_Ciptaan_Allah_SWT_Analisis_Berdasarkan_Parameter_Maqasid_al-Shari'ah
CARTA GANTT





Comments
Post a Comment